Wednesday, 29 May 2013

Janji

Janji tidak semudah dilafazkan
Untuk terima menggalaskannya
Begitu perit untuk aku melaksanakannya
Bagai ditelan mati mak diluah mati anak

Namun janji itu bagai perisia
Untuk menghalang diri ini 
Dari terus membuatkan onar
Dan terus menjaga cinta ini
(ainniajasman,30Mei2013)

Nota buat kamu : Selamat Pagi Awak 

Tuesday, 28 May 2013

Sepi

Sendiri aku masih di sini
Berteman malam yang sepi
Sunyi sekali rasa hati ini
Namun kutetap terus begini

Menanti aku terus menanti
Menanti kamu yang ingin bersendiri
Kamu mungkin tidak sedari
Aku di sini setia menyepi




nota buat kamu : Sepi tanpa kamu yang menemani

Rindu

Oh rindu itu bertandang kembali
Membuang nafsu untukku bersendiri
Tubuh hanya kaku menanti rindunya kembali
Bilakah ia akan ke sini

Rindu membuatku lupakn segala
Rindu membuatkan kuingat dia
Pergilah rindu..pergilah sana
Aku sengsara..aku yang rasa


nota buat kamu : i miss you

Wednesday, 9 January 2013

Kembali

Assalamualaikum...

Lama rasanya tidak kemaskini blog ini.  Mana tidaknya, dengan assignment, projek master, dan juga program kolej, ini pun curi-curi update blog sebenarnya kena buat conference paper.  Harap Allah kuatkan hati ini, kentalkan hati ini..Amin :)

Akaun twitter dan FB da deactived.  Kalau boleh tak mahu diganggu minggu ni.  Tahan Nuraini, tahan. Seminggu jek.  Kalau dulu hampir setahun saya boleh tahan takde semua sosial network ni..Takkan seminggu pun saya tak mampu tahan.  

just keep calm and stay strong




Sunday, 8 April 2012